assalammualaikum,hello,ohayoo,ni hao ma,annyeong..
hahaha..lepas baca tajuk apa ada dalam fikiran..? ^O^
acctually I have my reason kenapa tak nak kapel..banyak gila alasan aku ada kenapa tak nak kapel sedangkan ramai orang cakap umur aku ni dah boleh kawin..(zaman jepun boleh la cer..ni zaman orang kejar kerjaya daa..!!) -_-|| kawin itu tak arh aku pun tak hengen kawin time umur baru setahun jagung..!! tapi itu arh aku selalu dengar dari makcik² dan nenek tercinta yang sering berkata.."zaman nenek umur besar adik dah boleh kawin tau,dah ada anak seorang daahhh..!!" dan "ain dah boleh jadi mak orang ni...tinggal belajar masak je ni..!!"
Σ( ° △ °|||)︴ SAY WHAT..??(terkejut kongkang aku dengo ayat cenggini..) peergghh bila ayat cenggini molek je landing dalam deria pendengaran aku,time tu tak payah cakap ape perasaan ada..complete wow..!! marah geram bengang sedih kelakar terkedu malu semuanya arh..then if situasi ni terjadi aku mula la tak senang duduk kaki tangan mula gatal nak melepuk orang punggung mula panas nak bla..time tu perangi pedajal orang setan bertanduk cabang semua kuar arh..≧﹏≦
tapi..tapi..tapi sekarang ni bukan nak cakap pasal kawin ke ape..tetapi nak cakap about relationship..relay..(?) (kau pikir nak belajar matematik..?) -_-/// about perhubungan yang tidak sah,yang direka-reka oleh manusia sendiri..(ceewwaahh,ustazah pula daa..)
ok lets tinjau antara sebab kenapa aku tak nak couple..(⊙o⊙)
first,kau tak rasa membazir ke..? something like membazir duit sebab nak beli kedit and then beli internet semata-mata nak hidupkan data..(minus yang dekat rumah ada wifi larh..) tapi tetap juga yang ada wifi dekat rumah tu kena beli topup dan beli internet untuk data if kau hangout tetapi gf/bf kau tak nak berenggang dengan kau.. $_$..kau tahu RM5 untuk topup tu dah boleh beli sepinggan nasi ayam dekat kantin sekolah aku..siap ayam cover satu pinggan lagi itu belum lagi yang topup RM10 yang topup RM10 tu lak kalau bagi aku duit tu dah boleh pergi KFC beli satu kotak KFC tau..(tak ingat lak ape namanya) itu belum kau sumbat mamat/minah yang topup RM50..kalau yang ni ppeerrgghh ade baik kau pi MPH beli novel FiXi dapat 2 biji..belum campur kalau ade member card 3-4 biji novel kau boleh borong weii..ppeerrgghh membazir-membazir..(expect aku arh..aku topup RM5 untuk dua nombor pun sebab nak active nombor itu dari kena blok...itu pun sebulan sekali j.. V )..itu belum kau campur membazir masa lagi..cuba kau renungkan..kau kapel ape kerja je yang kau buat..expect dok melayan ph0ne hang macam dah tak de esok tok kau..(pengalaman depan mata..sepupu 24 jam dengan phone sampai phone aku pun boleh jadi phone dia..bengek aku..)
second,pelajaran..pernah tak kau fikir dulu kau seorang top student dalam kelas ke ape ke tak kesah arh..tapi lepas meningkat remaja kau start tahu about relationship about kapel..pelajaran kau bukan merosot terus jatuh terguling bergolek-golek masuk lombong arh..dah tak dapat diselamatkan arh..(expect hangpa putuih dengan marka hangpa..) pernah fikir arh..? if not meh sini aku wash brain kau..time kau belum couple kau nerd kau tahu buku je..forever book arh maksudnya..tapi lepas kau masuk secondary school jadi upper student..kau start bergaul dengan pelbagai kawan yang berlainan perangi sedikit demi sedikit kau mula tahu couple dan entah pape lagi bendalah yang sepatutnya umur-umur macam kau tahu..then kau couple..start dari situ kau mula arh lupe pelajaran sebab dok berasmaradana ja dengan marka-marka hangpa..sampai besok nak exam harini kau boleh lagi g karok lepak ngan bf/gf kau..ppeerrgghh ni bukan je sem pertama drops mid year dengan final-final year exam pun drops..kalau besok nak exam malamni kau boleh lagi melepak dengan bf/gf kau sioott...
third,kasar..ok ni about me..diri aku sendiri..nak cakap aku ni feminin aku pun tak sure nak cakap tomboi 10x pikiaq pun dak keluaq dari otak..so aku anggap aku ni tengah-tengah j arh..kekadang pompuan kekadang lelaki..-_-# kau rasa kau boleh angkat bendera putih ke jika gf/bf kau mula complain tentang kekasaran kau terhadap mereka..budak yang boleh,boleh arh..kalau budak yang kasar dia tahap panas baran silap haribulan makan guna kaki kerusi marka depa..kalau macam aku,kalau kau yang mintak kapel dengan aku ni dah tahu aku kasar yang kau pun B³ gi mintak kapel gak dah kenapa...? sah-sah arh aku tak terima..orang kasar ni hati sama kasar..
fourth,sweet talker tapi jahanam..aha..yang ni kalau jumpa depan mata aku sule dia dengan putung api je..time mintak kapel perrghh manis mulut dia macam telan gula dua tan tak cukup 10 tan lagi tambah..tapi lepas kena reject mak dato mulut bukan macam longkang dah..dah serupa loji tahi kena tinggal berabad lamanya..time minta kapel dia punya ayat macam bunga jasmin bunga kemboja lepas kena reject kuar ayat bunga tahi ayam dia..masa start mengayat saya awak kena reject anjing dipanggilnya kita..pppeerrggrhhh time ni bukan je panas hati satu badan panas letak temmometer terus pecah tak dapat nak tampung suhu badan kau..(serius cakap benda ni jadi kat aku..)
fifth,bahagia untuk kau derita untuk aku..
ini juga jadi dekat aku..dia mesej aku tak sampai 1 jam dah minta kapel..ok paham budak baru nak up..atau maybe baru akhil baligh..who know right..? tapi sekarang ni bila dah kena reject cuba la paham ni dok pakse-pakse dah kenapa...kot pakse j boleh time agi..ni siap mention kebahagian..haram jadah kau setan..? ha ah kot kau boleh bahagiakan aku..kalau tak boleh memang aku rebus kau bagi serigala dekat zoo negara tu makan..serupa budak jakun tak pernah kapel gamaknya..satu jam kenal terus minta kapel..kau pikir aku ni cikai..B³ betul arh kau..(bak kata cikgu geo aku tahun lepas B³ bangang,bodoh,bahlul) haa itu arh kau time aku bace mesej minta kapel kau tu...
ok itu antara top 5..sebab lain aku nyatakan j tapi takde keterangan panjang lebar macam kat atas itu so sendiri pikir la ye..antaranya selain top 5
1.kebebasan (liar tu tak arh tapi aku minat kebebasan..something like aku g memane tak perlu nak text gf/bf roger nak g mane)
2.bosan (attention aku sejenis perempuan yang cepat bosan)
3.waste my time (menyemak nak layan kerenah dia)
4.kuat membebel (kapel boleh tapi first time kenal rupe polite tpi second month dah serupa murai tercabut ekor sori memang aku tendang jauh keluar dari bumi)
5.tak minat apa yang aku minat (ni kire faktor utama kenapa aku tak minat ade relationship sebab masalah utama aku ni kpopers..lelaki kat luar sana kurang dengan kpop bagi diorang jejaka-jejaka kpop ni terlampau jambu..so bila cer 24 hour about kpop mesti diorang akan kuarkan statement like "jika bandingkan saya dengan kpop awak tu lagi nsem saya awak..")
6.protective (dia punya pelindungan untuk kau mengalahkan iron man punya pelindungan..sampai kuar dengan abang sendiri pun dikatanya dengan jantan lain..dah kena sebijik baru nak percaya..)
7.cerewet (tengok jenis gak arh..tapi tetap tak minat sebab lelaki cenggini talk to much complain to much..)
8.over thinking (lambat reply seminit dalam kepala dia dah beribu kisah..)
9.nak kau text every second (WTF,WTH)
10.mane kau pergi roger (something like bieb I nak kuar makan ni dengan family..)
11.complain orang pandai tapi diri sendiri hampeh(sendiri fikir arh..)
12.bahagiakan keluarga..? (belum ada orang bahagiakan keluarga dengan berkapel..)
13.kapel ingat pelajaran (statement ni aku bantah 1000% aku tengok semua kawan aku yang kapel mark exam diorang sekadar cukup makan dan tak makan..)
14.akan text kau setiap saat (even kau cakap kedit kau dah RM0.00 or wifi kena potong sebab dah berabad tak bayar)
15.nak puji dia je tak nak puji orang lain (dah kalau dia ade adik beradik lagi nsem dari dia nak gak pujikan..)
16.jaga hati dia hati kita tak nak jaga (kau boleh mam)
17.terjah je tak nak siasat (berambus)
18.serius (aku ni dahlah tak pernah pandang serius dekat semua benda sekali dapat bf acah serius..lama aku sendiri annoying..)
19.busy body (tak salah ambil berat tapi ada had kalau dah melebih aku pun bengang)
20.terserah kau nak senaraikan apa..(hahahahahaha)
haha ni just opinion dan reason aku..apa yang aku tulis atas pengalaman sendiri dan pengalaman yang aku lihat dekat orang sekeliling aku..jangan cakap perempuan je macamni acctually lelaki ade je macamni kau je tak pernah jumpa..aku dah tengok dunia luar seawal umur 5 tahun..time tu aku kindergarden arh..dan sampai arh sekarang 15 (khamis ni 16 tahun daa..) so aku dah faham perangi orang..so inginku tegaskan..aku tak perlu teman lelaki untuk bahagiakan aku expect diri aku sendiri dan kengkawan aku dan family aku untuk bahagiakan aku..aku tak pandang status aku pandang future life aku..status bila-bila kau boleh dapat like now status kau seorang pelajar/pekerja/graduan/tunang/parents..tapi cuba kau fikir about future..? kalau dari sekarang tak fikir tentang future life kau tak akan nanti kau nak stuck dekat status pelajar lepasan SPM..? kau tak ada hati nak sambung belajar ke..diploma degree master PhD..? sekarang zaman orang kejar kerjaya wei..even negara moden pun lebih pentingkan kerjaya ni kan negara kita yang akan mencapai negara moden tak akan fikiran kita nak stuck sampai situ j..tipu kalau kau kata tak ada keinginan nak sambung belajar dekat menara gading..even sekarang ni pun nak kerja cikgu pun sekurang-kurangnya kena ada diploma..see sijil SPM pun dah dipandang sebelah mata baru tahun 2016..macamane time aku nanti..? 9 tahun akan datang entah-entah diploma pun tak laku..so wake-up..kapel tu langsung tak datangkan manfaatlaaa wei..dia buat kau jadi lalai je..fine memang menipu aku cakap aku tak pernah kapel tapi sekarang aku paham nikmat kapel dengan tak kapel..dan aku lagi happy tak kapel sebab aku bebas nak buat apa sahaja..tak ade yang nak mengongkong aku..so please thinking about that..your future life or the status you can get it anytime..?
jalga-yo goodbye selamat tinggal sayoonara..
starnote: ooppss aku ada alasan lain kenapa tak kapel,even this reason so creepy or cliche but I still want write at here..aku rasa aku tak kapel sebab ada orang selalu buat jahat dengan lelaki-lelaki yang minta kapel dengan aku..(^O^) macam dalam MV B.A.P-stop it..kalau tak paham pi cekidot MV tu tak paham gak g tgk lirik still tak paham..tutup PC/phone/lappy g tiduq..membazir elektrik/data j tengok MV tu berpuluh kali tapi tak paham..
-_-///





0 ulasan:
Catat Ulasan